Pusat Pengajian Asasi
Universiti Malaysia Kelantan

Visi


Melahirkan pelajar berkualiti dan bersahsiah dengan minda keusahawanan kelas pertama yang menyumbang kepada pemimpim, pemikir dan pencipta masa hadapan negara.  

Misi


  • Menyediakan khidmat pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti melalui struktur kurikulum yang mantap bagi melahirkan para pelajar yang kompiten dalam ekosistem keusahawanan di peringkat prasiswazah.
  • Menjalankan program pembangunan akademik dan kokurikulum yang berimpak untuk memupuk jati diri dan nilai kemanusiaan yang hebat di kalangan para pelajar.
  • Menyediakan khidmat hal ehwal pelajar yang cekap dan efisien agar proses pembangunan pelajar melalui aktiviti dalam dan luar universiti berjalan dengan baik serta kebajikan mereka juga terjaga.

Objektif


  • Melahirkan pelajar yang berkualiti dan mencukupi dengan minda keusahawanan kelas pertama untuk semua bidang akademik bagi menampung keperluan kemasukan ke program ijazah pertama di Universiti Malaysia Kelantan.
  • Menyediakan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan asas yang mantap dalam bidang masing-masing di samping menerapkan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan bagi menjayakan matlamat UMK sebagai sebuah Universiti Keusahawanan.  
  • Membina dan membentuk modal insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis profesional dan pemimpin masa depan negara serta memberi pendedahan awal kepada suasana pembelajaran di UMK.