Pusat Pengajian Asasi
Universiti Malaysia Kelantan

PIAGAM PELANGGAN


Kami warga Pusat Pengajian Asasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK-AsCent) komited dan beriltizam untuk:

  1. Merancang, melaksana serta mempromosikan program akademik dan aktiviti pelajar secara sistematik, berkesan dan berimpak tinggi.
  2. Menawarkan program akademik peringkat asasi yang kompetitif, relevan dan selaras dengan keperluan semasa pendidikan tinggi serta aspirasi universiti.
  3. Memberikan perkhidmatan akademik dan sokongan yang berkualiti secara berterusan demi memenuhi keperluan pelanggan.
  4. Mengaplikasikan teknologi digital secara optimum sebagai medium utama dalam penyampaian maklumat, pengurusan akademik dan komunikasi.
  5. Memberi layanan yang sopan dan mesra serta menjaga kebajikan, kepentingan dan keharmonian pelajar asasi.