Pusat Pengajian Asasi
Universiti Malaysia Kelantan

SOALAN LAZIM


Q: Di manakah alamat/tempat pengajian bagi program pengajian yang ditawarkan di UMK-AsCent?
A: Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UMK-AsCent beroperasi di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS JELI.
Q: Adakah pelajar UMK-AsCent diberikan penginapan sepanjang tempoh pengajian?
A: Ya, boleh. Pelajar UMK-AsCent layak diberi penginapan kolej kediaman di UMK Kampus Jeli selepas selesai membuat proses setuju terima tawaran dan telah membuat pembayaran yuran pengajian.
Q: Bolehkan lepasan UMK-AsCent menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda selain daripada UMK?
A: Tidak boleh. UMK-AsCent menawarkan program pengajian yang tertutup iaitu "feeder" kepada program prasiswazah di UMK. Oleh itu, lepasan UMK-AsCent hanya layak untuk menyambung program ijazah sarjana muda di UMK sahaja tanpa melalui UPU.
Q: Apakah syarat kelayakan lepasan Program Asasi Sains UMK ke Program Ijazah Perubatan Doktor Veterinar?
A: Syarat minimum Ijazah Doktor Perubatan Veterinar: (1) PNGK >= 3.50; (2) sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam Biologi & Matematik dan mana-mana SATU (1) daripada Fizik atau Kimia; (3) Calon yang tidak mendapat Gred B (NGMP 3.00) dalam Matematik hendaklah mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam Matematik Tambahan pada peringkat SPM; (4) sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM; dan (6) sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelulusan semasa temuduga dengan FPV. Lepasan Asasi Sains UMK perlu bersaing dengan calon UPU untuk kemasukan ke program ini dengan purata pengambilan pelajar lepasan Asasi Sains sehingga kini (tahun 2023) adalah seramai 5 orang.
Q: Adakah bantuan kewangan disediakan untuk Pelajar Asasi Sains UMK?
A: Bantuan Kewangan Asasi (BKA) layak dipohon oleh pelajar Asasi Sains UMK yang mana pendapatan keluarga (IBU BAPA/PENJAGA) tidak melebihi daripada RM 10 959.00
Q: Bagaimanakah cara memohon program Pra-Ijazah UMK?
A: Semua permohonan WAJIB dibuat secara dalam talian melalui sistem CAPSULE UMK di pautan berikut: https://capsule.umk.edu.my/apply
Q: Siapakah yang sesuai mengikuti Program Pra-Ijazah Sains ini?
A: Program ini sangat sesuai untuk: (1) Lepasan STPM aliran sains; (2) Pelajar yang hampir layak ke ijazah tetapi memerlukan pengukuhan asas; (3) Pelajar yang ingin peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah
Q: Siapakah yang layak memohon Program Asasi Teknologi Maklumat Huffaz?
A: Program Asasi Teknologi Maklumat Huffaz UMK terbuka kepada semua pelajar Warganegara Malaysia. Pemohon adalah terdiri daripada pelajar lepasan (SPM) dan mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan. Syarat minimum Adalah seperti berikut: (1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik; (2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred E bagi mata pelajaran Sejarah; (3) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam TIGA (3) lagi mata pelajaran; (4) Menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya daripada Juzu 1 hingga Juzu 5.