Pusat Pengajian Asasi
Universiti Malaysia Kelantan

PROGRAM ASASI TEKNOLOGI MAKLUMAT HUFFAZ


Program Asasi Teknologi Maklumat Huffaz merupakan program yang mampu melahirkan bakal pelajar yang mempunyai pengetahuan seimbang diantara pendidikan Tahfiz Al-Quran bersama dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi semasa berteraskan ICT. Program ini akan memanfaatkan kelompok pelajar tahfiz di Malaysia dan dapat memberikan alternatif yang baik kepada pelajar dari latar belakang Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran bagi menceburi bidang ICT.

Kemahiran Al-Quran turut memberi nilai tambah kepada pekerjaan berkaitan ICT/4IR. Golongan huffaz mempunyai kedudukan istimewa disebabkan kelebihan, kemampuan dan pengorbanan mereka dalam menghafaz Al-Quranul Karim. Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati bahawa amalan menghafaz Al-Quran di kalangan pelajar tahfiz telah memberi kesan positif dan memberansangkan terhadap peningkatan pencapaian akademik mereka. Justeru itu menambahkan lagi kewajaran untuk menggalakkan golongan ini untuk mengikuti program pengajian yang dicadangkan kerana mereka mempunyai potensi intelektual yang tinggi untuk menguasai bidang IT yang penting ini.

Matlamat program ini adalah untuk:-

  1. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan memenuhi kelayakan untuk memasuki program ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) khususnya dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi.
  2. Membangunkan pelajar yang berakhlak mulia dengan pengetahuan dan kemahiran Tahfiz Al-Quran serta berilmu, kreatif dan berketerampilan ke arah melahirkan teknopreneur yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya

Lepasan pelajar program Asasi Tahfiz dapat melanjutkan pelajaran ke program ljazah Sarjana Muda seperti berikut:

Program Teknologi Maklumat, Program Komunikasi Perniagaan Dengan Bahasa Inggeris, Program Bahasa Arab Dengan Keusahawanan dan Analitik Alam Sekitar.
 

Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
1