Pusat Pengajian Asasi
Universiti Malaysia Kelantan

PROGRAM ASASI SAINS


Program Asasi Sains UMK dengan nama asalnya ialah Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK merupakan program akademik usahasama UMK-MARA dan telah dijalankan di Kolej MARA Kulim dari tahun 2011 hingga 2019.  Sepanjang tempoh penawaran, program ini telah mempunyai 9 kohort pelajar dengan jumlah keseluruhannya 565 orang pelajar dan mendapat tajaan MARA sepenuhnya.  Bermula tahun 2021, Program Asasi Sains telah ditawarkan di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli dan MARA bukan lagi menjadi penaja.  Program Asasi Sains UMK sudahpun dikenali di dalam negara, oleh itu kelangsungan penawaran program akademik ini perlu diteruskan agar lebih banyak pelajar yang berpengetahuan sains dan mempunyai kemahiran keusahawanan yang tinggi dapat dilahirkan. 

Program Asasi Sains UMK merupakan program unik yang mampu melahirkan bakal pelajar yang berpengetahuan dalam bidang sains serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang keusahawanan dengan kurikulum dan pendekatan dalam pengajaran yang berbeza. Berdasarkan gabungan mantap subjek sains dan subjek keusahawanan, pelajar daripada program ini akan dapat memenuhi keperluan program ljazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UMK terutamanya dalam bidang sains bumi, industri asas tani, biokejuruteraan dan teknologi, perubatan veterinar, senibina dan ekistik, serta keusahawanan dan perniagaan yang memerlukan pelajar berkualiti dalam akademik dan insaniah yang terpuji.

Matlamat program ini adalah untuk:-

  1. Menyediakan pelajar lepasan SPM dengan asas dan pengetahuan yang kukuh dalam kursus sains dan keusahawanan agar mencapai piawaian dan kualiti yang tinggi untuk ke program ljazah Sarjana Muda di UMK.

Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya

Lepasan pelajar program Asasi Sains dapat melanjutkan pelajaran ke program ljazah Sarjana Muda seperti berikut:

Doktor Perubatan Veterinar, Program Sains Sumber Asli, Program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Program Geosains, Program Analitik Alam Sekitar, Program Sains Penternakan, Program Teknologi Pembangunan Produk, Program Agroteknologi, Program Jaminan Makanan, Program Teknologi Bahan, Program Teknologi Sumber Hutan, Program Teknologi Bioindustri, Program Senibina Dalaman, Program Sains Senibina, dan Program Senibina Landskap

Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
1