Pusat Pengajian Asasi
Universiti Malaysia Kelantan

PROGRAM PRA-IJAZAH SAINS


Program Pra-Ijazah Sains UMK diwujudkan bagi membolehkan pelajar aliran sains tulen lepasan STPM Sains dan Matrikulasi Sains yang tidak memenuhi syarat kemasukan ke mana-mana program universiti untuk menjalani pembelajaran intensif selama satu (1) semester di UMK Kampus Jeli. 

Program ini akan menyediakan pelajar lepasan STPM Sains dan Matrikulasi Sains dengan pengetahuan intensif dalam empat kursus sains iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik untuk kemasukan ke program yang berasaskan sains di UMK. 

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. Memberi peluang kedua kepada para pelajar lepasan STPM sains yang tidak layak untuk menyambung pengajian ke peringkat prasiswazah di mana-mana Universiti Awam di Malaysia untuk belajar di UMK selepas lulus program ini.
  2. Menurunkan peratus keciciran pelajar lepasan STPM sains yang tidak dapat menyambung pengajiaan ke peringkat prasiswazah.
  3. Memperkasakan ilmu pengetahuan dalam bidang sains di kalangan para pelajar agar lebih bersedia untuk meneruskan pengajian di peringkat prasiswazah dalam bidang sains.

KLIK SINI untuk memohon program ini.

Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui emel. 


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya

Lepasan pelajar program Pra-Ijazah Sains UMK dapat melanjutkan pelajaran ke program ljazah Sarjana Muda seperti berikut:

Program Teknologi Pembangunan Produk, Program Sains Sumber Asli, Program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Program Geosains, Program Teknologi Bahan, Program Teknologi Sumber Hutan dan Program Teknologi Bioindustri.

Yuran Pengajian
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Masa Pengajian
1