21-Nov-2024
Saintis berminda keusahawanan peneraju masa depan negara.
Perjalanan luar biasa bermula apabila Al-Quran dan teknologi berpadu.
Peluang kedua melangkah ke universiti ada bersama UMK.
Pendidikan keusahawan memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan awal bagi menyepadukan bidang keusahawanan dengan bidang-bidang pengajian lain. Ini untuk memastikan pelajar lepasan asasi kompiten dalam ekosistem keusahawan universiti dan seterusnya berkemampuan serta berupaya untuk memacu ekonomi negara walau apa jua bidang yang mereka ceburi selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama di UMK.
Kemahiran Al-Quran yang mendalam menjadikan para pelajar tahfiz mempunyai potensi intelektual yang tinggi untuk menguasai bidang teknologi maklumat yang sangat penting pada masa sekarang. Golongan huffaz mempunyai kedudukan istimewa disebabkan kelebihan, kemampuan dan pengorbanan mereka dalam menghafaz Al-Quranul Karim. Kebersamaan mereka dengan Al-Quran memudahkan mereka untuk memahami dan mengamalkan ilmu pengetahuan profesional dalam semua bidang.
Semua program pengajian yang ditawarkan di Pusat Pengajian Asasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK-AsCent) merupakan pengajian persedian yang berkonsep feeder bagi melayakkan mereka menjadi pelajar prasiswazah di UMK. Ini merupakan tindakan strategik Universiti bagi memastikan isu kuantiti dan kualiti pelajar prasiswazah di UMK mampu ditangani dan seterusnya membantu UMK menjadi Universiti Keusahawan unggul dunia pada masa akan datang.
Bagaimana cara untuk mendaftar program kami
For international students, you can fill this form. Click Here. For local students, you need to apply through UPU Online. Click Here
Our administration staf will contact you when your applications being approved.
Come register at our faculty. Universiti Malaysia Kelantan, City Campus, 16100 Kota Bharu Kelantan
Senarai program kami yang paling DIMINATI
Berita terkini mengenai kami